Perkhidmatan

RINGKASAN PROGRAM

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN DAN KERJAYA (PLKK)

PLKK menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mengikuti kursus-kursus latihan jangka pendek, sederhana dan panjang termasuk kemahiran asas.

Ia bertujuan bagi meningkatkan kemahiran kumpulan sasar supaya mereka mampu mendapat pekerjaan atau mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi dan seterusnya mengeluarkan mereka serta keluarga dari belenggu kemiskinan.

Kadar Bantuan Maksimum

RM 5,000.00 Seorang

Latihan selama 3 bulan hingga kurang dari 6 bulan (Mengikut kesesuaian)

Syarat-syarat pelaksanaan PLKK adalah seperti berikut:

  • Pelatih PLKK adalah warganegara Malaysia;
  • Had umur pelatih adalah 18 tahun ke atas. Walau bagaimanapun keutamaan diberikan kepada belia di bawah umur 40 tahun;
  • Keupayaan minimum dalam membaca, menulis dan mengira (3M);
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah;
  • Keutamaan kepada pelatih/peserta yang belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana institusi latihan;
  • Pelatih/peserta yang telah tamat Tahap 1 dan Tahap 2 serta berpotensi untuk meneruskan pengajian ke Tahap 3 di tempat latihan yang sama atau lain-lain tempat latihan;
  • diperaku oleh Mesyuarat Jawatankuasa PLKK peringkat KKDW;

PROGRAM PENINGKATAN PENDAPATAN (PPP)

Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan untuk membolehkan kumpulan sasar menyertai atau menjalankan projek- projek ekonomi dalam pelbagai sektor. Matlamatnya ialah untuk meningkatkan pendapatan keluarga serta meningkatkan taraf hidup dan seterusnya mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan. Bantuan diberikan dalam pelbagai bentuk termasuk Aset / premis / bengkel / ruang niaga / mesin / peralatan bantuan / bahan mentah, latihan/kursus kemahiran asas, bimbingan serta kos khidmat pengurusan yang disampaikan

Kadar Bantuan Maksimum

RM 10,000.00 Seorang

Bergantung kepada projek yang dilaksanakan dan bergantung kepada kelulusan daripada pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)

Syarat-syarat pelaksanaan PPP adalah seperti berikut:

  • Mempunyai pengalaman/ kemahiran/ pernah mengikuti latihan/ kursus berkaitan dengan projek; atau;
  • Mempunyai sumber pendapatan melalui projek/ perniagaan yang sedang diusahakan dan berpotensi untuk dikembangkan serta ditingkatkan pendapatan; atau;
  • Pernah mengikuti Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), SPKR, KPLB yang berkaitan; atau
  • KIR dan IT yang mempunyai tanggungan; atau
  • Menjaga/ mempunyai anggota keluarga golongan istimewa/ anak yatim piatu/ orang tua/ ahli isi rumah yang uzur/memerlukan bantuan perubatan dengan kos yang tinggi; atau
  • Tidak pernah menerima sebarang bantuan/program/projek ekonomi yang lain.

PROGRAM BINA INSAN (PBI)

PBI menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mengikuti kursus perubahan sikap, motivasi dan pembangunan insan. Matlamatnya ialah untuk membangunkan minda dan sikap kumpulan sasar supaya lebih bermotivasi untuk berusaha meningkatkan ilmu, pendidikan, Kemahiran serta pendapatan keluarga. Sekaligus menganjak paradigma belia luar bandar agar mampu berdikari pada masa hadapan.

Kadar Bantuan Maksimum

RM 1,000.00 Seorang

Syarat-syarat pelaksanaan PBI adalah seperti berikut:

  • Pelatih PBI adalah warganegara Malaysia;
  • Had umur pelatih adalah 15 tahun ke atas. Walau bagaimanapun keutamaan diberikan kepada belia di bawah umur 40 tahun;
  • Keupayaan minimum dalam membaca, menulis dan mengira (3M);
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah; dan
  • Menjaga/ mempunyai anggota keluarga golongan istimewa/ anak yatim piatu/ orang tua/ ahli isi rumah yang uzur/memerlukan bantuan perubatan dengan kos yang tinggi; atau
  • Bagi kes-kes tertentu yang memerlukan pengecualian daripada syarat-syarat di atas hendaklah dirujuk dan mendapat kelulusan KKDW