Mengenai FTC

LATAR BELAKANG

FTC ditubuhkan pada tahun 2002 adalah bertujuan menguruskan keperluan latihan FELCRA Berhad. Pada tahun 2006, FTC mula berkembang dalam pembangunan modal insan dan menjadi syarikat terpilih bagi melaksanakan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR).

FTC membangunkan program latihan kemahiran yang diiktiraf oleh industri, selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai belia berkemahiran tinggi.

FTC menawarkan Sijil Kemahiran dalam pelbagai bidang bagi belia lepasan sekolah yang memiliki minat mendalam untuk mengembangkan minat serta potensi diri dalam kemahiran serta berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi berdasarkan kerjasama startegik antara FTC dengan industri hingga ke peringkat global.

Turut bekerjasama dalam program-program strategik dengan pelbagai sektor utama iaitu pembangunan modul, akreditasi industri, kurikulum, pelaksanaan program pembangunan keupayaan dan juga perundingan dalam inisiatif strategik khusus dalam pembangunan luar bandar.

Kini FTC turut membangunkan Program Korporat bagi memenuhi keperluan program yang semakin meningkat kepada institusi - institusi dan badan korporat.

VISI

Peneraju utama dalam pembangunan kemahiran dan peningkatan kompetensi modal insan ke arah kecemerlangan

MISI

Memberi perkhidmatan yang unggul dalam pelaksanaan pelbagai program kompetensi bagi melahirkan individu, kumpulan pekerja dan komuniti yang mampu memperkasa ekonomi penduduk luar bandar.

NILAI

  • Penyampaian Perkhidmatan Berkualiti
  • Pengurusan Korporat Berintegriti
  • Profesionalisme
  • Inovatif & Kreatif
  • Kerjasama Strategik
  • Ketanggungjawaban